Muka Surat

Thursday 7 April 2011

Land Savvy Community

Assalamualaikum and a very good day to all............

Selalu aku tuliskan post yang berkaitan hiburan dan pengalaman hidup untuk dikongsikan kat dalam blog ini. Tapi pada hari ini, ak nak tampilkan kelainan la sket, Land education demi mencapai misi aku nak menjayakan rakyat yang cerdik dalam bidang tanah ini. Seperti yang semua tahu, isu tanah adalah isu keras@hardcore yang sering diperkatakan komuniti Malaysia ini. Jadi, sedikit demi sedikit aku nak berkongsi ilmu dalam laman perkongsian ini. Haaaaa.......agagagagagagagagaga(NAK BACE, BACE, TANAK, TAK PAYAH LA JENGUK, AK TAK SUSAH APE PON......AGAGAGAGAGA)

Pada yang tau (atau tak tau), Geran@hakmilik boleh diperincikan kepada 2 kategori sahaja iaitu Geran Pendaftar dan Geran pejabat tanah@Geran mukim. Nanti jika anda balik kampung, terjumpa geran, perhatikan di bahagian atasnya, jika tertulis Geran sahaja, bermakna ia keluaran@didaftarkan di Pejabat Tanah dan Galian(PTG), dan jika tertulis Geran Mukim, bermakna ia dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah(PTD) yang berdekatan dengan rumah anda.
Dari dokumen hakmilik ini, terbahagi pulak kepada dua jenis pegangan, satu, Hakmilik kekal@freehold(yang ini akan dikeluarkan geran seperti di atas), dan satu lagi adalah Pajakan@leasehold. Jadi jika dikeluarkan oleh PTG, akan jadi Pajakan Pendaftar@negeri dan jika PTD yang keluarkan, akan jadi Pajakan Mukim and vice versa.
Bagaimana pula dengan Hakmilik sementara(Qualified Title)? Hakmilik sementara ni juga ada dikeluarkan oleh kedua2 pejabat tanah, akan tetapi, ia dikeluarkan tanpa diukur halus(tak diukur secara tepat lagi oleh Juruukur Tanah Berlesen @ oleh JUPEM). Tujuan dikeluarkan hakmilik ini adalah untuk memudahkan proses jual beli walau sebelum dikeluarkan Geran hakmilik muktamad(Final Title). Ye la, prosedur ukur halus ni lambat sedikit, so, jika nak berurusan dalam kadar segera, pejabat tanah bolehlah keluarkan dokumen QT ini bagi membolehkan ape2 urusan dijalankan sebelum pengukuran......

Amacam? paham tak????
Kalau tak paham, kontek ak.......n kalo ade masalah tanah pon, bole kontek ak.......ak bole bagi nasihat guaman free..........supaye korang tak ditipu oleh lawyer korang. Keh3

2 comments:

  1. bgusnyer anak ikan kechil amek tau pasal tanah..lawyer tanah ke..hahaa!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Encik PTD.. Info yang berguna..

    Moral of da story:
    Dari tanah manusia diciptakan, kepada tanah manusia dikuburkan.. eh silap lak.. sorry sorry.. (",)

    p/s:saje nak buat onar kat sini.. hehe..

    ReplyDelete