Muka Surat

Tuesday 24 May 2011

game cambest maso kocik-kocik dulu ooooooooo

Bercakap-cakap pasal permainan ni membuat IK mengimbau kenangan di waktu kecil. Hasil dari perbualan dengan kawan-kawan, IK memusingkan muka sedikit kekiri dan memandang awan. Bagai di asak-asak, kenangan waktu kecil terimbau……….
Mase Anak ikan kechil masih kecil, area 7-8 tahun(kalu kitar ikan tuh, baru makan plankton la….haaa)
Mengenal kawan dan sahabat memang la menyebabkan budak-budak tak mahu balik rumah selepas pegi sekolah. Yela, mase skolah rendah ni, macam-macam permainan yang ditawarkan kat sekolah. Permainan yang IK paling ‘hero’ mase sekolah dulu ialah LAWAN PEMADAM. Permainan mudah ini dimainkan apabila ada dua buah pemadam, sesuai dimainkan bersama dua orang, tetapi apabila sangap, ia boleh dimainkan bersama lima-enam orang sekali main. Haa…….kalo tempat korang takde, kire masih tak cukup ilmu……haha.Permainan ini tervariasi di setiap tempat tidak kira dari segi peraturan mahupun nama permainan ini. Ada yang panggil main RUBBER n tah la……..agagagagagga. Peraturan pulak, ada yang berbentuk judi (kalah perlu serahkan pemadam itu wooo) ada jugak yang dah kalah akan dijentik (macam main POTONG JARI ke ape tah yang mana tangan di genggam sambil menghulur jari ala NARUTO pastu ketuk……susah woo nk jelaskan permainan ini).
Sambung balik, IK memang power gile men permainan ini……tapi harapan untuk menjadi pemain pemadam peringkat kebangsaan terkubur apabila Mama aku membuang setin MILO pemadam aku. Isk3…….. Tapi syukur la mak ak wat gitu, kalo tak walau skang aku da jadi PEMAIN PEMADAM BERTARAF DUNIA, camne ak nk makan kalo bayaran bulanan dapat pemadam???agagagagagaga
Setahun dari tarikh itu, aku menceburkan minat dalam permainan GULI. Haaa……sape tak mau main weh…….guli mase tu cantiek……ada guli susu, guli lutsinar, guli besi, dan pelbagai guli yang mencolok mata. Bagi seorang lelaki normal yang meminati bende2 bulat, ak menceburkan minat dalam permainan ini. Perkara paling gempark yang den ponah rase adalah apabila menang SELAMBAK guli. Hasil permainan dengan budak junior (tak la junior pon, awak pon baru darjah 6 lagi), rampasan guli hasil balingan SWING aku menampakkan hasil lumayan. Pulang dari rumah, ak sorokkan la guli tu kat dalam beg sekolah……… Fobia bro kes pemadam aritu……..agaggagagaga.

Tapi nak dijadikan cerita lah kan……..malam tu ado la pulak kelas tusyen ngan MY MOTHER kat depan rumah. Awak punye la pemalas nak ambik buku, suruh la adik aku amek (ye ak memang kuat buli adik aku, tapi dorang seriously sayang ak weh…..agagagagaga). Tercicit adik aku pi amek. Jumpa guli, die seluk sket dalam poket die. Tengah malam tu, aku pon bukak la beg nak kire guli……..
Dengan suasana suram malam……… aku bawak keluar guli2 aku…….”my precious!!!!!!” hehehehe……. Aik…..macam kurang…..??? Tadi macam ada 30, takkan tinggal 5 je? (seminggu pastu baru aku prasan, slame nih kecurian tu berlaku beberapa kali kerana guli ak dijadikan alat men congkak kat rumah ak.....ceit). Tapi karier aku cuma bertahan due bulan je beb. Pengharaman permainan guli di waktu rehat akibat anak2 cikgu banyak kalah dan memeras mak bapak nye untuk beli guli baru telah menyebabkan kami para GULIERS bersara. Ape nak buat jep……..hahahaha. Len kali mungkin sambung la lagi pasal game2 cambest mase mude-mudi dulu oooooooooooo…….tq


Friday 20 May 2011

BUKAN CERITA LUCAH……WOOOOO!!!

Pada hari Rabu yang lepas, aku berkesempatan untuk mengambil cuti dan meluangkan masa menguruskan diri aku. Pada hari itu, kejadian yang tidak diduga menimpa……. sila lihat dialog di bawah…..

Dalam suasana yang agak sejuk, aku memeluk tubuh sambil menggigil kechil, kutatap wajah-wajah asing di sekelilingku, terdengar suara pelbagai bahasa dan bangsa mengerumuni setiap benakku ibarat semut menghurung gula. Argh……. mana betah ku menahan semua ini, jiwaku semakin kacau……..Mengapa aku ke sini, fikirku……..Ini kan satu hari cuti yang indah, mengapa perlu ku kesini? Persoalan liar semakin menjadi-jadi di pundak pemikiranku yang kechil ini (anak ikan Kechil??). Tapp…..mataku terarah kepada sesosok tubuh asing dihadapanku…….. mulutnya mengomel nama sebenar ku……….(bagi menambah asam pedas cerita ini, kunamakan watak wanita ini ina….agar senang kutulis perbualan di bawah)

ina: Incik ikan kechil……ikan kechil……….
lunak suaranya membuatkan badanku bergoncang hebat………wah…….

IK: Saya……err….saya lah ikan kechil…….haaa
ina menatap atas bawah tubuhku, tersenyum kechil…..

ina: Haa, mari incik masuk bilik ini ya………….
IK: masuk ye??
ina: Aah, masuk lah…….

Longlai aku mengikut…….lemah langkahku memasuki bilik itu bersama ina……apalah yang perlu dibuat di dalam bilik ini bersama ina ya??? Gulp…..kutulan liur pekat akibat dar tadi tidak bersahur….
ina: Ermm……..ok, boleh BUKA BAJU ye incik……
IK: Huh? BUKAK BAJU????
ina: Haah…..kat sana ya………

Dush….bagai tertumbuk di muka ak mendengar perkataan tu dari seorang gadis ini……. Aku cekalkan hati, buka juga……ia perlu……bagi memudahkan proses ini……
ina: Dah ke belum…..
IK: Ehh…..jap2…….ODW…..

Aku keluar ketika itu, kusedut rase malu dalam-dalam agar ia kekal di situ, ina merapatiku dara belakang, di cekakkan tangan ku kepinggang…….. ditolaknya siku aku kedinding dihadapanku…… dengan pantas, dia mencengkam daguku, menolak manja……..Aku PASRAH……………..

ina: Ok incik ikan kechil……..sudah siap………
IK: Ok…….terima kasih eh……bila pulak saya boleh jumpe doktor?
ina: Check urine da kan? so, x ray nih pon da siap……. incik tunggu di depan, dalam seploh ke lime belas minit lagi, doktor panggil la……haaaa..
IK: Eh….haaa…..ok2

Kui3…………Begitulah pengalaman aku medical checkup, tade kelainan pon dengan medical checkup yang len, cumanya, kali ini, tukang x ray die AWEKS woo……janggal la jugak ak bile die suruh bukak baju…….keh3………
Kan aku da cakap…..bukan cerita LUCAH…….. agagagagagagagagagagagagaga